Saturday 10 December 2011

Gerhana Bulan - 10 12 2011

Bulan akan berada di dalam bayang-bayang bumi sepenuhnya (fasa gerhana penuh)  pada jam 10.05 malam sehingga 10.57 malam.

psstt~~~ Jika anda terlepas gerhana kali ini, anda terpaksa menunggu sehingga 10 Okt 2014 untuk Gerhana Penuh Bulan yang boleh dilihat dari Malaysia. Itupun anda hanya dapat lihat separuh sahaja, iaitu Bulan sudahpun TAMAT fasa gerhana sepenuhnya ketika ia terbit di waktu Maghrib (di Kuala Lumpur). Gerhana Penuh seterusnya ialah 4 Apr 2015 dan itupun anda dapat lihat separuh sahaja, iaitu Bulan sedang memasuki fasa gerhana penuh ketika ia terbit.

info penuh, video & gambar: http://www.falak-online.net/portalfalak/gerhana-bulan-penuh-10-disember-2011

tp yang paling penting dari lihat gerhana ini ialah:
Solat Sunat Gerhana
~ Hukum: Sunat Muakkad
~ 2 Rakaat
~ Boleh dilakukan sendirian @ Berjemaah
~ Waktu solat ialah apabila nyata gerhana berlaku sehinggalah habis waktunya apabila gerhana itu hilang. Jika berlaku gerhana bulan pada waktu Subuh, maka habis waktu solatnya dikira apabila terbit matahari.
~ Niat - "Sahaja aku solat sunat gerhana bulan dua rakaat kerana Allah Ta'ala"

Jom sama-sama kita solat~~ Nid (.^___^)

No comments:

Post a Comment